Wednesday, March 4, 2015

Fatwa ulamak yang membolihkan zikir sambil menari bolih dipertikaikan

 
Salam,
 
Di bawah saya kemukakan pandangan seorang ulama terkenal berkenaan zikir sambil berdiri.
 
Kata beliau berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-‘Imran ayat 191).
 
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya. Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
 
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
 
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW. Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
 
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya. Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan. Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya. Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
 
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-‘Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain. Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
 
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus. Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
 
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram. Wallahu ta’ala a’lam.
 
 
Komen penulis
Keputusn ulamak tersebut diatas membolihkan “zikir sambil menari” dapat dipertakaikan dari ayat ayat Al Quran yang berikut:
 
Zikir sambil menari bercanggah dengan Surah 7:205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
 
 Didalam ayat yang tersebut diatas kita diperintah semasa membuat zikir kita patut membuat nya dengan hati yang merendahkan diri, perasaan takut kepada Allah dan dengan mengawal nada suara kepada yang lembut dan pelahan bunyinya. Akan tetapi apabila sesaorang itu menari sudah tentu dia tidak dapat mengawal hati dan gerak badannya hingga menjadi khayal dan nada suaranya menjadi nyring. Jesteru ini menghilangkan tumpuan pada mengingati Allah dan sepatutnya tidak digalakkan.
 
Zikir sambil menari mirip cara sembahan orang kafir didalam Surah 8:35
Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu.
 
Dalam ayat tersebut diatas nyata mereka yang berzikir sambil menari mencontohi cara yang di tegah olih Allah. Bersiulan dengan cara apa pon dengan hembus meniup mulut atau mengunakan alat akan menghasilkan nada musik. Begitu juga bertepok tangan atau mengunakan tangan memalu gendang menhasilkan rentak dan ini semuanya mengkhayalkan. Kita bolih lihat kebanyaakan kumpulan berzikir sambal menari akan mengunakan kompang untok bergendang mengadakan rentak tidak lari dari bunyi tepuk tangan ibarat mereka yang didedahkan dalam ayat tersebut diatas.
 
Dengan rujukan dua ayat tersebut dari Al Quran, fatwa membolihkan berzikir sambil menari tidak tepat dan bolih dipertikaikan. Selain dari ayat Al Quran yang mempertaikaikan fatwa itu, didapati  juga tiada rewayat yang khusus menunjukkan Nabi kita ada berbuat demikian ya’itu “berzikir sambil menari”.
 
Asar
 
 


No comments:

Post a Comment