Amalan Puasa didalam AlQuran
Puasa
yang diperintahkan olih Allah diamalkan dalam bermacam macam suasana yang ada
di sebut dalam AlQuran. Berpuasa itu ada yang wajib dan ada yang sukarela. Berpuasa
yang wajid diamalkan pada bulan Ramadhan. Ada juga puasa yang diwajibkan atas
sesaorang apabila dia membuat kesalahan atau dosa dari kegagalan menginkut
perintah Allah. Satu daripada mithalan
yang wajib berpuasa didalam AlQuran ialah atas kesalahan membunoh seorang rakan
mukmin (Surah 4:92) dimana ada pampasan yang patut di bayar akan tetapi yang
tidak mampu membayarnya dihukumkan dengan berpuasa dua bulan berturut turut.
Ada juga disebut siapa yang menceraikan isterinya melalui “zihar” (dengan
memanggil isterinya sebagai ibunya Surah 33:4) jika sekiranya dia hendak
bersama balik kepada isterinya dia wajib bebaskan seorang hamba dan jika dia
tidak mampu dia diwajibkan berpuasa berturut turut selama dua bulan Surah 58:3-4.
Dan juga diwajibkan berpuasa apabila sesaorang itu tidak mampu mengorbankan
saekor binatang ternak semasa dia mengerjakan fardu haji di Makkah dia diwajibkan
perpuasa tiga hari disana dan tujuh hari apabila kembalinya kekampong Surah 2:196.
(Masa
yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan
Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa
bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki
kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan
juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. Surah
2:185
Ada juga tersebut puasa kerena bersumpah serperti bersumpah tidak ingin merokok lagi akan tetapi apabila dia gian dia merokok balik dan banyak lagi mithal mithal sumpah saperti demikian rupanya. Membuat sumpah ada hukuman dan dendanya seperti disebut dibawah:
Kamu
tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak
disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan
sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran
dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang
sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian
untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak
dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari.
Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan
jagalah atau peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu
ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.
Didalam
AlQuran juga ada memberikan maklumat yang berpuasa itu adalah amalan orang yang
disayangi olih Allah. Apabila sesaorang itu berpuasa dia akan mengalami
perasaan orang yang miskin yang kurang bernasib dalam hidup mereka justeru kalau
kita insaf tentu dapat kita membantu dengan memberi zakat dan sedekah kepada mereka
yang memerlukan. Ayat berikut menunjukkan gulongan yang bertuah ini:
Sesungguhnya
orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan
orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan
orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan
orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan
orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan
orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang
perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang
bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang
berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta
orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki
yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang
menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar. Surah 33:35
Masa berpuasa atau masa yang
dilarangkan dari makan dan minum
Kebanyakan
orang Islam diseluruh dunia pada masa kini membuat kesilapan mempercayai yang
waktu berpuasa adalah dari subuh hingga ke waktu maghrib. Apabila azan maghrib diseru
untok mengerjakan salat mereka meluru berbuka puasa akan tetapi waktu maghrib
masih terang benderang sepututnya mereka pergi menunaikan salat maghrib dahulu
dan menbaca Quran selepasnya kerena waktu berbuka puasa yang diperintahkan
Allah adalah seperti berikut::
………dan
makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang)
dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah
puasa itu sehingga waktu malam (laily); Surah 2:187
Ayat
tersebut diatas seterang terang nya telah menunjukkan waktu berbuka ialah waktu
malam dimana perkataan Arabnya ialah “laily” bermakna gelap malam dan bukanya “maghrib”.
Di Malaysia waktu berbuka pada gelap malam sekiranya sesaorang itu ingin patuh
kepada perintah Allah didalam Quran waktunya ialah pukul lapan malam.
Marilah
fikirkan perintah Allah yang termaktub didalam AlQuran untok mula puasa apabila
terang cahaya fajar hingga kegelapan malam dan kita akan rasa lebih nikmat lagi
jika sekiranya kita menunaikan salat maghrib apabila azan diseru dan membaca
Quran selepas salat hinggalah gelap malam untok bersantap makanan yang
disediakan
Asar