Sunday, November 22, 2015

Allah Memberi Pahala Bagi Mereka Yang Tidak Membezakan Rasul2 Nya.

 
Salam,
 
Didalam Al-Quran (3:84) menyatakan yang orang Islam tidak patut membeza-bezakan (differentiate) antara Nabi-nabi. Ini adalah pernyataan yang di buat olih Nabi Muhammad diayat itu. Akan tetapi penghormatan yang kita berikan apabila nama-nama mereka disebut berbeza-beza, contohnya SAW untuk nabi Muhammad dan AS untuk nabi-nabi lain. Perbezaan ini telah menjadi ketara hinggakan Nabi Muhammad telah dijadikan bahan dipuji puja olih kebanyakan kaum Muslimin pada masa kini.
 
Al Quran surah Ali Imran ayat 84
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)".  (A-li'Imraan 3:84)
 
Berkenaan perkara ini ada dikalangan ustaz ustaz yang mentakrifkan membeza bezakan rasul tidaklah salah dan ianya bukan yang disebut seperti makna diatas  tetapi bermaksud seperti tersebut dibawah ini:-
 
 “MEMBEZA-BEZAKAN“ di dalam ayat itu ialah: “ Kita orang-orang Islam tidaklah membeza-bezakan di antara semua nabi a.s itu sebagai mana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Kristian . Orang-orang Yahudi beriman dengan Nabi Musa a.s kerana baginda a.s membawa peraturan dan pedoman melalui kitab Taurat . Dalam masa yang sama , orang-orang Yahudi itu sendiri tidak beriman malahan pernah cuba melakukan “ konspirasi jahat peringkat tertinggi “ untuk membunuh Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w serta para pengikut kedua-dua rasul yang mulia itu . Dan dalam masa yang sama orang-orang Yahudi juga mengatakan bahawa Nabi ‘Uzair a.s adalah “ anak Tuhan “ (Son Of The God) .
 
Orang-orang Kristian juga begitu mereka beriman (konon-kononnya) dengan Para Anbiya’ a.s akan tetapi mereka tidak pula beriman, malahan memusuhi Nabi Muhammad s.a.w selaku “ penutup segala nabi dan rasul a.s “ . Selain itu , di dalam doktrin tri-tunggal (trinity) yang menjadi teras keimanan Kristian sekarang, mereka juga menganggap bahawa Nabi Isa a.s adalah “Anak Tuhan“ .
 
Inilah takrif membeza bezakan rasul yang di uraikan olih ustaz kita akan tetapi tiada orang Islam dari asal lagi yang mempercayaai seperti orang Yahudi atau orang Kristian yang tidak terus percayakan Nabi Muhammad adalah gulongan seorang rasul dari Tuhan atau Nabi Isa adalah anak tuhan. Olih kerena itu lain cara pula orang Islam kini diajar ustaz ustaz untok membeza bezakan rasul terutama antara Nabi Muhammad dan lain lain nabi dari segi darjat dan dari segi perhormatan kepada mereka.
 
Ajaran Nabi dalam Al Quran diperintah meghormati semua nabi sama taraf kerena mereka adalah orang orang yang dipilih olih Allah dan apabila name mereka disebut kita diwajibkan memberi kehormatan seperti berikut:-
 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat sejahtera  kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik? - Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?  (An-Naml 27:59)
 
Ayat yang tersebut diatas menunjukkan yang dipilih Allah pasti diberi kehormatan yang sama antara mereka ya’itu A.S atau alaihi salam bermakna “atasnya sejahtera” dan ini termasuk kehormatan yang patut kita berikan kepada Nabi Muhammad. Maka amalan tersebut tidak memesongkan kita dari ayat di surah 2:136, 3:84 atau 2:285.dimana kita berjanji dengan Tuhan akan patuh tidak membeza bezakan rasul rasul Allah.
 
Peyelewengan memberi hormatan SAW (Sallallah alaihi wassalam)
 
Jika sekiranya ayat 27:59 Allah perintah kepada kita memberi kehormatan setaraf kepada semua nabi yang dipilih ini bermakna sumber amalan mengunakan perkataan SAW kepada Nabi Muhammad menunjukkan percanggahan dengan ayat tersebut diatas. Tidak menjadi kesalahan kita selidik sumber ayat yang digunakan untuk SAW dan memperbetulkan sekiranya ia meyalahai perintah Allah. Perhormatan kepada Nabi Muhammad SAW berpunca dari ayat yang berikut 
 
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.  (Al-Ahzaab 33:56)
 
Jika sekiranya ayat 27:59 memerintahkan Nabi Muhammad untok memberi salam perhormatan kepada para nabi yang dipilih Allah, maka tentu sekali ayat 33:56 memerintahkan kita untok memberi perhormatan salam  kepada Nabi Muhammad. Cara nya adalah serupa seperti mana Nabi Muhammad memberi salam kepada nabi nabi lain begitulah kita mengikut cara Nabi memberi salam perhormatan A.S atasnya juga bukan SAW. SAW “sallallah alaihi wassalam” memberi erti  Allah sahaja yang memberi perhormatan walhal diayat itu malaikat dan orang beriman patut juga memberi penghormatan. Justeru kegunaan “A.S” atau “Atasnya Salam” di 27:59 memberi pelihan yang tepat dengan tidak membeza bezakan antara nabi nabi yang di pilih olih Allah.
 
Allah yang memilih rasul2 Nya seperti Ibrahim dan Keluarganya
 
Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).  (Al-Baqarah 2:130)
 
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan yang mendalam (memahami agamanya). Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat. Dan sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah dari orang-orang pilihan yang sebaik-baiknya.  (Saad 38:45-47)
 
Adam dan Noh dan keluarga Ibrahim dan Imran yang dijadikan rasul.
 
Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).  (A-li'Imraan 3:33)
 
 
Jelata doa selepas sembahyang kita semua sanggup buat deklarasi mengikut Nabi Muhammad tidak membezakan rasul.
 
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".  (Al-Baqarah 2:285)
 
 
Cara Allah memberi hormat pon berbunyi “atasnya Salam” dan bukan SAW “sallallah alaihi wassalam”
 
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "  (As-Saaffaat 37:78-79)
 
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:108-109)
 
Dan Kami kekalkan bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"
 (As-Saaffaat 37:119-120)
 
 
Kita diperintah pujilah Tuhan dan ucapkan “salam” pada rasul2 Nya
 
Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.  (As-Saaffaat 37:180-182)
 
 
Hak Allah membeza bezakan rasul2 Nya bukan haq yang diberi pada kita.
 
Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya. (Al-Baqarah 2:253)
 
Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud. (Al-Israa' 17:55)
 
 
Kesimpulannya Allah akan memberikan pahala mereka yang tidak membeza bezakan rasulNya.
 
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan mereka pula tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka pahala mereka. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa' 4:152)
 
 
Dengan berpandukan ajaran di dalam Al Quran janganlah mudah kita terjerut kepada amalan mengakibatkan jatuhnya dosa atas kita yang inkar kepada perintah tersebut diatas dengan mengambil ajaran dibawah:-
 
Ya!, memang umat Islam lebih kasih dan lebih mengutamakan Nabi Muhammad s.a.w berbanding nabi-nabi selain baginda s.a.w kerana Allah Ta’ala sendiri lebih mengutamakan Baginda s.a.w berbanding nabi-nabi dan rasul-rasul selain Baginda s.a.w . Inilah perbezaan yang dipraktikkan oleh umat Islam . Dan ini tidaklah bermakna kita tidak beriman dan tidak kasih kepada nabi-nabi a.s selain diri baginda s.a.w .
 
 
Asar


Monday, September 21, 2015

Cara memberi Salam yang dituntut Allah


Salaamun Alaikum,
 
Kebanyakaan orang kita kurang mengkaji isi Al Quran terutama bab memberi salam. Kebanyakan hanya mengikut ustaz ustaz yang mereka gemari dan disanjungi dimana mereka ini tidak merujuk kepada kitab unggul dari Allah SWA.
 
Disini diberi satu contok dimana salam yang tidak tepat yang di pelopori olih kebanyaakan ustaz dinegeri kita yang sebenarnya menyalahi peraturan yang ditunjuk olih Allah kepada Nabi kita Nabi Muhammad Alaihi Salam.
 
Menurut kebanyakkan ustaz mereka akan berkata Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Ringkasnya, baginda SAW akan berkata supaya memberi salam dengan ucapan:  Assalamualaikum” dan jawab salam dengan “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh” Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, berkata ustaz itu juga dia dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah; “WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu kita dengar iaitu; “WAALAI KUM SALAM”. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan yang berbunyi “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. Adakah ajaran ini benar?
 
Dibawah ini akan diberikan dalil dalil dari AlQuran yang menunjukkan ajaran diatas itu tidak tepat dan memesongkan. Memberi atau mengucapkan ASSALAM itu tidak tepat kerena perkataan ASSALAM didalam Al Quran memberi banyak makna dan tiada satu pun bolih dikaitkan dengan memberi salam kepada sesaorang bila bertemu. Dibawah disertakan ayat ayat berkenaan dengan perkataan Assalam saperti berikut:
 
Assalam yang bermakna perdamaian (sila lihat S4:90, 91&94; dan S8:61) yang berbunyi seperti berikut:
 
Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian (Assalam) kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka. (Surah 4:90)
 
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (Assalam): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Surah 4:94)
 
Olih itu makna perdamaiyan sekiranya digunakan untok memberi salam akan memberi makna: Perdamaiyan atas kamu, ini menjadi tidak betul dan ia bukanlah dari ajaran Nabi kita Nabi Muhammad (AS).
 
Assalam yang bermakna meyerah diri (Sila rejuk S16:28 dan S16:87) yang berbunyi:
Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat (Assalam) kepada Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah). (Surah 16:87)
 
Disini jika sekiranya perkataan Assalam digunakan untok memberi Salam kepada seseorang ia akan memberi makna: “Menyerah diri bulat-bulat atas kamu” atau Assalamu alaikum. Tentu ini juga tidak tepat.
 
Assalam yang bermaksud berdamai seperti dalam ayat berikut:
(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai (Assalam), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu. (Surah 47:35)
 
Ayat diatas sekiranya memberi salam dengan meyebut “Assalammu alaikum” akan memberi makna “Berdamai atas kamu” ini juga tidak tepat dan salah penggunaan nya.
 
Cara Allah memberi salam kepada hamba hamba yang terpilih. (Sila lihat ayat2 berikut:
Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera (wa Salam) pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).(Surah 19:15); (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera (Salam) dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Surah 36:58); "Salam sejahtera (Salam) kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (Surah 37:79); "Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!" (Surah 37:120)
 
Sila perhatikan dalam semua ayat ayat terebut diatas perkataan salam itu tidak diirigi dengan huruf “Al/As” akan tetapi ianya hanya disebut dengan perkataan salam. Dan perkataan salam ini juga di perintah Allah untok kita memberi salam kepada semua
hamba hambaNya yang di pilih dalam ayat berikut:
 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat sejahtera (Salam) kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik? - Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya? (Surah 27:59)
 
Cara memberi salam yang diajar Allah kepada Nabi dengan meyebut perkataan salam dan bukan Assalam bolih terdapat didalam ayat ayat berikut:
 
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! (Salam mun alaikum) Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Surah 6:54)
 
Cara menjawab salam olih Nabi Ibrahim yang diikuti olih Nabi Muhammad berbunyi demikian:
 
Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu {Salam} (wahai Ibrahim)". Nabi Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera (Salam) kepada kamu". Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang (Surah 11:69)
 
Memberi salam kepada orang yang kafir seperti ayah Nabi Ibrahim atau orang jahil tiada bezanya dengan memberi salam kepada orang Islam mengikut dalil ayat ayat berikut didalam Al Quran:
 
Nabi Ibrahim berkata: "Selamat tinggalah ayah (Salam mun alaika); aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku. (Surah 19:47)
 
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu (Salamun alaikum); kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil". (Surah 28:55)
 
Dengan dalil2 ersebut diatas memberi salam yang betul diwajibkan Allah dan akibat jika tidak memberi salam yang diajar dan diperintah Allah adalah ke neraka saperti berikut:-
 
Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; dan mereka berkata sesama sendiri: "(Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu?" Cukuplah untuk mereka neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah 58:8).
 
Asar
.
 
 
 
 
 
 
 


Tuesday, June 30, 2015

Waktu berpuasa yang dituntut didalam Al Quran


 
Amalan Puasa didalam AlQuran
 
Puasa yang diperintahkan olih Allah diamalkan dalam bermacam macam suasana yang ada di sebut dalam AlQuran. Berpuasa itu ada yang wajib dan ada yang sukarela. Berpuasa yang wajid diamalkan pada bulan Ramadhan. Ada juga puasa yang diwajibkan atas sesaorang apabila dia membuat kesalahan atau dosa dari kegagalan menginkut perintah Allah.  Satu daripada mithalan yang wajib berpuasa didalam AlQuran ialah atas kesalahan membunoh seorang rakan mukmin (Surah 4:92) dimana ada pampasan yang patut di bayar akan tetapi yang tidak mampu membayarnya dihukumkan dengan berpuasa dua bulan berturut turut. Ada juga disebut siapa yang menceraikan isterinya melalui “zihar” (dengan memanggil isterinya sebagai ibunya Surah 33:4) jika sekiranya dia hendak bersama balik kepada isterinya dia wajib bebaskan seorang hamba dan jika dia tidak mampu dia diwajibkan berpuasa berturut turut selama dua bulan Surah 58:3-4. Dan juga diwajibkan berpuasa apabila sesaorang itu tidak mampu mengorbankan saekor binatang ternak semasa dia mengerjakan fardu haji di Makkah dia diwajibkan perpuasa tiga hari disana dan tujuh hari apabila kembalinya kekampong Surah 2:196.
 
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. Surah 2:185
 

Ada juga tersebut puasa kerena bersumpah serperti bersumpah tidak ingin merokok lagi akan tetapi apabila dia gian dia merokok balik dan banyak lagi mithal mithal sumpah saperti demikian rupanya. Membuat sumpah ada hukuman dan dendanya seperti disebut dibawah:
 
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah atau peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.
 
Didalam AlQuran juga ada memberikan maklumat yang berpuasa itu adalah amalan orang yang disayangi olih Allah. Apabila sesaorang itu berpuasa dia akan mengalami perasaan orang yang miskin yang kurang bernasib dalam hidup mereka justeru kalau kita insaf tentu dapat kita membantu dengan memberi zakat dan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Ayat berikut menunjukkan gulongan yang bertuah ini:
 
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. Surah 33:35
 
Masa berpuasa atau masa yang dilarangkan dari makan dan minum
 
Kebanyakan orang Islam diseluruh dunia pada masa kini membuat kesilapan mempercayai yang waktu berpuasa adalah dari subuh hingga ke waktu maghrib. Apabila azan maghrib diseru untok mengerjakan salat mereka meluru berbuka puasa akan tetapi waktu maghrib masih terang benderang sepututnya mereka pergi menunaikan salat maghrib dahulu dan menbaca Quran selepasnya kerena waktu berbuka puasa yang diperintahkan Allah adalah seperti berikut::
 
………dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (laily); Surah 2:187
 
Ayat tersebut diatas seterang terang nya telah menunjukkan waktu berbuka ialah waktu malam dimana perkataan Arabnya ialah “laily” bermakna gelap malam dan bukanya “maghrib”. Di Malaysia waktu berbuka pada gelap malam sekiranya sesaorang itu ingin patuh kepada perintah Allah didalam Quran waktunya ialah pukul lapan malam.
 
Marilah fikirkan perintah Allah yang termaktub didalam AlQuran untok mula puasa apabila terang cahaya fajar hingga kegelapan malam dan kita akan rasa lebih nikmat lagi jika sekiranya kita menunaikan salat maghrib apabila azan diseru dan membaca Quran selepas salat hinggalah gelap malam untok bersantap makanan yang disediakan
 
Asar
 
 
 
 
 
 
 


Saturday, April 18, 2015

Meyokong Chedet membidas hukum hudud Pas


Tun tulis  Dato Haji Hadi berkata saya tidak tahu syariat Islam. Oleh itu saya tidak layak bercakap berkenaan hukum hudud. Saya juga boleh kata Haji Hadi tidak tahu berkenaan pentadbiran dan tidak layak mentadbir negeri. Sebagai seorang yang terlatih dalam bidang perubatan saya boleh kenal pasti penyakit, termasuk penyakit pentadbiran dan mengubatinya. Saya tidaklah begitu jahil dalam bidang agama. Hasil semasa pentadbiran oleh saya boleh dikaji.
 
 
Salamun alaikum kepada semua, saya setuju Tun bangkitkan soal Dato Hj Hadi tak patut angkuh dia pakar syariat Islam. Walaupon dia pakar kita ada haq mempersoalkan hukum yang datangnya dari sumber lain daripada Al Quran. Hukum rejam yang dipelopori olih Parti Pas bolih dikatakan di kutip daripada buku Bible yang mengatakan penzinah dihukum seperti berikut:
 
maka haruslah mereka keduanya kamu bawa ke luar ke pintu gerbang kota dan kamu lempari dengan batu, sehingga mati: gadis itu, karena walaupun di kota, ia tidak berteriak-teriak, dan laki-laki itu, karena ia telah memperkosa isteri sesamanya manusia. Demikianlah harus kau hapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.
(Kitab Bible Deuteronomy 22:24)
 
Kita ada dua sebab mengapa kita patut tolak hukum Bible yang di pelopori pemimpin Pas kerena Allah telah memberi perintah kepada Nabi Muhammad (A.S) untok mengunakan Kitab Al Quran mengawasi dan menapis ajaran2 Bible yang ketara supaya dapat ditolak  dalam ayat yang berbunyi:
 
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).(Surah 5:48).
 
Dalam Al Quran kita diperintah Allah untok menghukum penzina dengan sebatan bukan merejam sampai mati seperti berikut:
 
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah 24:2)
 
Yang kedua kita patut tolak hukum rejam ini kerena Allah memang sudah memberi peringatan dan amaran jangan sekalikali mengikut ajaran Bible akan tetapi kita patut menghukum dengan apa yang terkandung dalam Al Quran saperti yang dipatuhi olih Nabi termaktub saperti berikut:
 
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.(Surah 4:105)
 
Akan tetapi kita bolih lihat pakar ugama kita dah banyak bersimpati dan mengiktiraf hukum hukum dari sumber agama Yahudi dan Nasrani. Allah dalam firmannya telah memberi amaran genjala ini dalam ayat berikut:
 
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah 2:120)
 
Amalan menghukum dengan merejam ini bukan hanya dari ajaran Kitab Bible ianya juga amalan hukum orang2 mushrik (pagan) saperti terkandung dalam ayat2 tersebut:
 
"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu,…(Surah 18:20)
 
(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu;…(Surah 19:46)
 
Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan agamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!" (Surah 26:116)
 
Dengan bukti di atas kita memang ada haq menolak hukum Bible dan amalan orang mushrik yang di pelopori olih pemimpin Pas kerena itu sudah sah memang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dalam Al Quran yang di perintah olih Allah kepada Nabi kita.
 
Asar
 
 
 


Wednesday, March 4, 2015

Fatwa ulamak yang membolihkan zikir sambil menari bolih dipertikaikan

 
Salam,
 
Di bawah saya kemukakan pandangan seorang ulama terkenal berkenaan zikir sambil berdiri.
 
Kata beliau berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-‘Imran ayat 191).
 
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya. Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
 
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
 
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW. Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
 
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya. Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan. Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya. Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
 
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-‘Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain. Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
 
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus. Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
 
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram. Wallahu ta’ala a’lam.
 
 
Komen penulis
Keputusn ulamak tersebut diatas membolihkan “zikir sambil menari” dapat dipertakaikan dari ayat ayat Al Quran yang berikut:
 
Zikir sambil menari bercanggah dengan Surah 7:205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
 
 Didalam ayat yang tersebut diatas kita diperintah semasa membuat zikir kita patut membuat nya dengan hati yang merendahkan diri, perasaan takut kepada Allah dan dengan mengawal nada suara kepada yang lembut dan pelahan bunyinya. Akan tetapi apabila sesaorang itu menari sudah tentu dia tidak dapat mengawal hati dan gerak badannya hingga menjadi khayal dan nada suaranya menjadi nyring. Jesteru ini menghilangkan tumpuan pada mengingati Allah dan sepatutnya tidak digalakkan.
 
Zikir sambil menari mirip cara sembahan orang kafir didalam Surah 8:35
Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu.
 
Dalam ayat tersebut diatas nyata mereka yang berzikir sambil menari mencontohi cara yang di tegah olih Allah. Bersiulan dengan cara apa pon dengan hembus meniup mulut atau mengunakan alat akan menghasilkan nada musik. Begitu juga bertepok tangan atau mengunakan tangan memalu gendang menhasilkan rentak dan ini semuanya mengkhayalkan. Kita bolih lihat kebanyaakan kumpulan berzikir sambal menari akan mengunakan kompang untok bergendang mengadakan rentak tidak lari dari bunyi tepuk tangan ibarat mereka yang didedahkan dalam ayat tersebut diatas.
 
Dengan rujukan dua ayat tersebut dari Al Quran, fatwa membolihkan berzikir sambil menari tidak tepat dan bolih dipertikaikan. Selain dari ayat Al Quran yang mempertaikaikan fatwa itu, didapati  juga tiada rewayat yang khusus menunjukkan Nabi kita ada berbuat demikian ya’itu “berzikir sambil menari”.
 
Asar
 
 


Friday, February 27, 2015

Dalil hanya ada tiga waktu salat Pak Yeh bolih dipertikaikan

 
Salam
 
Saya bersyukur kerana banyak anak Melayu dah buat kajian tentang Quran dan juga membuat hanya Quran sebagai pimpinan hidup mereka. Saya pengikut Quran juga akan tetapi saya ingin mengupas dari kenyataan Pak Yeh dalam Al Quran hanya ada 3 waktu salat sahaja. Berikut saya bentangkan beberapa hujuh yang bertentangan dengan pendapat Pak Yeh dalam blog Pak Yeh bertarikh 6 Febuari 2015 bertajuk “Dailog : Mufti Solat 5 Waktu Vs Mukmin Solat 3 Waktu.”  
 
Masa menunaikan Salat
Pak Yeh tulis Salat ada tiga waktu. Quran ayat 11:114: ‘Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam. Mengikut ayat ini, solat yang diajarkan Quran cuma tiga, (2+1) bukan lima seperti yang terdapat dalam kisah palsu israk dan mi’raj. Dan Quran juga hanya menyebut tiga nama solat sebagai berikut: salat Fajar; salat Wusta dan salat Ishaa.
 
Saya perhatikan untok salat wusta Pak Yeh tulis "Lakukanlah solat dari terbenam matahari (duluk al-syams) hingga kegelapan malam" (17:78). Lantas, waktu solat wusta adalah dari matahari mulai terbenam hingga kegelapan malam, iaitu di tepi siang yang kedua. Solat Isyak didirikan apabila masuk waktu malam hingga sebelum seseorang itu masuk tidur, seperti yang dijelaskan oleh Quran dalam ayat 24:58.
 
Soalan saya sekiranya salat wusta wajib ditunaikan selama matahari terang hingga gelap malam, berapa minitkah masa yang di tentukan waktu ini? Dan bagi salat2 Fajar dan Ishaa’ apa pula penentuan yang ditetapkan Allah didalam Quran untok ukuran masa megerjakan salat ini? Surah 24:58 tidak ada di jelaskan dengan terperinci seperti Pak Yeh umumkan di Surah 17:78.
 
 
Hanya tiga waktu salat bertentangan dengan Surah 2:238
Pak Yeh tulis salat ada tiga waktu. Quran ayat 11:114: ‘Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam.
 
Rujukan saya perkataan Arab “Assalawaat” di Surah 2:238 biasanya membawa makna dari 3 atau lebih jumlahnya salat. Olih kerena 3+1 ditengah tidak mungkin berlaku ini bermakna di ayat itu menunjukkan ada lebih dari 3 salat yaitu4+1 berjumlah 5 salat. Kalaulah ianya  2+1 perkataan untok 2  salat ialah salataani dalam bahasa Arab. Di Surah 2:238 itu juga sebelum perkataan assalat wusta ada huruf “wa” menunjukkan tambahan salat wusta kepada jumlah salat yang ada sebelum nya. Saya dapati tiada dalil lanjut yang bolih di kemukakan dari Al Quran membuktikan ayat itu bolih bermakna ada 2+1 salat.
 
 
Hanya ada 1 name salat dalam Quran bukan 3
Pak Yeh berpendapat dalam Quran ada tiga name salat yaitu fajar, wusta/tengah dan Ishaa. Salat Fajar dan Ishaa disebut di Surah 24:58 dan Salat Wusta di Surah 2:238.
 
Di sini saya ingin memberi bukti dalam Quran hanya ada satu name salat fardu yaitu Assalatul Alwusta di Surah 2:238. Sila Pak Yeh lihat tiap kali perkataan salat fardu diperintahkan olih Allah perkataan salat itu mesti ada huruf “al” atau “the” mununjukkan “definite article” atau .katasandang tertentu. Olih itu salat yang didirikan dengan ambil air sembahyang (Surah 5:6); pada masa tertentu (Surah 4:103); baca dengan difahami (Surah4:43) dan lain2 syarat  mesti mengandungi “al” atau “the” didepan supaya dikenali sabagai salat fardu. Akan tetapi huruf “al” itu tidak ujud pada perkataan salat di Surah 24:58 salatilfajri dan salatil eeshaa, ini bermakna ia bukanlah nama salat fardu harian yang di tetapkan olih Allah.
 
Sila lihat contoh perkataan dan ejaan perkataan Arab yang sama seperti salat di surah 24:58 yang tidak bermaksud salat fardu harian saperti berikut: Surah 2:157 – salat bermaksud berbagai2 kebaikan; Surah 9:99 – bemaksud doa2; Surah 11:87 – salat bermaksud berbagai komitmen Shuid untok menhalang kaum nya dan di Surah 22:40 - tempat2 sembah.  Justeru “salat’ di Surah 24:58 tidak merujuk kepada salat fardu yang mengandongi huruf “al” didepannya akan tetapi kepada makna lain seperti doa2 atau komitmen2 pagi yang tidak diwajibkan mengambil air sembahyang. Ini bermakna nama salat tidak ada peranan untok menentukan jumlah salat harian yang di perintah olih Allah kepada kita kerena nama salat fardu hanya ada satu name didalam Al Quran.
 
 
Salat fardu waktunya definit ditentukan olih Allah
Kita tidak ada berbeza pendapat tentang Surah 11:114 Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada awal waktu malam, Disini waktu2nya ialah fajar (Surah 2:187- makanlah dan minumlah hingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar;  maghrib (Surah 18:76 - ia sampai ke daerah matahari terbenam “maghribisham”) dan awal malam  Ishaa Surah 12:16 - mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu gelap senja (ishaa)sambil (buat-buat) menangis).
 
Perbezaan kita timbul di Surah 17:78 apabila Pak Yeh seret waktu gelincir matahari “dulukishsham” juga bermakna tepi siang diwaktu mahgrib Surah 11:114. Pada saya ketetapan ini tidak tepat kerena waktu matahari turun ada dua waktu ya’itu pada waktu tengah hari atau dzohor dan di waktu akhir petang maghrib dimana kedua2 waktu itu matahari turun kegelap malam.  “Dulukishsham” matahari turun dari kemuncak selepas naik dari pagi akan tetapi “maghribisham” matahari turun dari ufuk ke gelap malam. Dalam Surah 17:78 kita diwajibkan bersalat apabila masuk waktu gelincir matahari waktu dzohor - dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari kearah (bukan hingga) waktu gelap malam, Perkataan “dulukishsham” itu bukan “maghribishsham” dan masa nya tidak sama kerena satu di tengah hari dan satu lagi di akhir petang. Ini bermakna Surah 11:114 ada 3 salat fardu diwaktu fajar, maghrib dan Ishaa dan Surah 17:78 ada salat di waktu dzohor. Jumlah salat diwajibkan setakat ini 4 waktu.
 
  
Sembahyang pada hari berkumpul Surah 62:9
 
Saya lihat salat ini wuktunya tidak dapat disesuaikan dengan semua 3 waktu yang direstui olih Pak Yeh kerena Surah 62:9-10 berbunyi apabila diseru untuk menunaikan salat pada hari berjumaah tinggalkan jual beli dan selepas salat bertaburanlah mencari kurnia Allah.  Salat ini ada “al” didepan menunjukkan ianya wajib dikerjakan tetapi salat ini tidak mungkin ditunaikan pada waktu fajar kerena sebelum salat orang tengah tidor, waktu wusta Pak Yeh pula diwaktu maghrib selesai salat gelap malam dan Ishaa juga waktu gelap malam bertentangan dengan Surah 78:11 Dan Kami telah menjadikan siang masa untuk mencari rezeki. Malam untok rehat bukan mencari rezeki lihat Surah 10:67 Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, Salat ini juga tidak sesuai didirikan pada waktu gelincir matahari waktu dzohor kerena ini adalah masa peribadi Surah 24:58 - dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, menunjukkan mereka ada di rumah bukan sedang berniaga seperti termaktub didalam Surah 62:9.
 
Justeru ini nyata waktu salat di Surah 62:9 sesuai pada wuktu wusta atau “asar” dipertengahan 4 salat2 yang lain fajar, dzohor, (wusta/tengah), maghrib dan Ishaa. Surah 2:238 kuat mengesahkan waktu2 ini ialah 4+1 yaitu 5 salat sehari diperintah olih Allah didalam Al Quran. Walaupon salat pada hari berkumpul di Surah 62:9-10 dijadualkan tiap2 minggu akan tetapi waktu nya diperintahkan Allah dikekalkan tiap2 hari.
 
Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, dan sembahyang Wusta (sembahyang tengah), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
 
Asar