Sunday, November 22, 2015

Allah Memberi Pahala Bagi Mereka Yang Tidak Membezakan Rasul2 Nya.

 
Salam,
 
Didalam Al-Quran (3:84) menyatakan yang orang Islam tidak patut membeza-bezakan (differentiate) antara Nabi-nabi. Ini adalah pernyataan yang di buat olih Nabi Muhammad diayat itu. Akan tetapi penghormatan yang kita berikan apabila nama-nama mereka disebut berbeza-beza, contohnya SAW untuk nabi Muhammad dan AS untuk nabi-nabi lain. Perbezaan ini telah menjadi ketara hinggakan Nabi Muhammad telah dijadikan bahan dipuji puja olih kebanyakan kaum Muslimin pada masa kini.
 
Al Quran surah Ali Imran ayat 84
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)".  (A-li'Imraan 3:84)
 
Berkenaan perkara ini ada dikalangan ustaz ustaz yang mentakrifkan membeza bezakan rasul tidaklah salah dan ianya bukan yang disebut seperti makna diatas  tetapi bermaksud seperti tersebut dibawah ini:-
 
 “MEMBEZA-BEZAKAN“ di dalam ayat itu ialah: “ Kita orang-orang Islam tidaklah membeza-bezakan di antara semua nabi a.s itu sebagai mana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Kristian . Orang-orang Yahudi beriman dengan Nabi Musa a.s kerana baginda a.s membawa peraturan dan pedoman melalui kitab Taurat . Dalam masa yang sama , orang-orang Yahudi itu sendiri tidak beriman malahan pernah cuba melakukan “ konspirasi jahat peringkat tertinggi “ untuk membunuh Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w serta para pengikut kedua-dua rasul yang mulia itu . Dan dalam masa yang sama orang-orang Yahudi juga mengatakan bahawa Nabi ‘Uzair a.s adalah “ anak Tuhan “ (Son Of The God) .
 
Orang-orang Kristian juga begitu mereka beriman (konon-kononnya) dengan Para Anbiya’ a.s akan tetapi mereka tidak pula beriman, malahan memusuhi Nabi Muhammad s.a.w selaku “ penutup segala nabi dan rasul a.s “ . Selain itu , di dalam doktrin tri-tunggal (trinity) yang menjadi teras keimanan Kristian sekarang, mereka juga menganggap bahawa Nabi Isa a.s adalah “Anak Tuhan“ .
 
Inilah takrif membeza bezakan rasul yang di uraikan olih ustaz kita akan tetapi tiada orang Islam dari asal lagi yang mempercayaai seperti orang Yahudi atau orang Kristian yang tidak terus percayakan Nabi Muhammad adalah gulongan seorang rasul dari Tuhan atau Nabi Isa adalah anak tuhan. Olih kerena itu lain cara pula orang Islam kini diajar ustaz ustaz untok membeza bezakan rasul terutama antara Nabi Muhammad dan lain lain nabi dari segi darjat dan dari segi perhormatan kepada mereka.
 
Ajaran Nabi dalam Al Quran diperintah meghormati semua nabi sama taraf kerena mereka adalah orang orang yang dipilih olih Allah dan apabila name mereka disebut kita diwajibkan memberi kehormatan seperti berikut:-
 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat sejahtera  kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik? - Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?  (An-Naml 27:59)
 
Ayat yang tersebut diatas menunjukkan yang dipilih Allah pasti diberi kehormatan yang sama antara mereka ya’itu A.S atau alaihi salam bermakna “atasnya sejahtera” dan ini termasuk kehormatan yang patut kita berikan kepada Nabi Muhammad. Maka amalan tersebut tidak memesongkan kita dari ayat di surah 2:136, 3:84 atau 2:285.dimana kita berjanji dengan Tuhan akan patuh tidak membeza bezakan rasul rasul Allah.
 
Peyelewengan memberi hormatan SAW (Sallallah alaihi wassalam)
 
Jika sekiranya ayat 27:59 Allah perintah kepada kita memberi kehormatan setaraf kepada semua nabi yang dipilih ini bermakna sumber amalan mengunakan perkataan SAW kepada Nabi Muhammad menunjukkan percanggahan dengan ayat tersebut diatas. Tidak menjadi kesalahan kita selidik sumber ayat yang digunakan untuk SAW dan memperbetulkan sekiranya ia meyalahai perintah Allah. Perhormatan kepada Nabi Muhammad SAW berpunca dari ayat yang berikut 
 
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.  (Al-Ahzaab 33:56)
 
Jika sekiranya ayat 27:59 memerintahkan Nabi Muhammad untok memberi salam perhormatan kepada para nabi yang dipilih Allah, maka tentu sekali ayat 33:56 memerintahkan kita untok memberi perhormatan salam  kepada Nabi Muhammad. Cara nya adalah serupa seperti mana Nabi Muhammad memberi salam kepada nabi nabi lain begitulah kita mengikut cara Nabi memberi salam perhormatan A.S atasnya juga bukan SAW. SAW “sallallah alaihi wassalam” memberi erti  Allah sahaja yang memberi perhormatan walhal diayat itu malaikat dan orang beriman patut juga memberi penghormatan. Justeru kegunaan “A.S” atau “Atasnya Salam” di 27:59 memberi pelihan yang tepat dengan tidak membeza bezakan antara nabi nabi yang di pilih olih Allah.
 
Allah yang memilih rasul2 Nya seperti Ibrahim dan Keluarganya
 
Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).  (Al-Baqarah 2:130)
 
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan yang mendalam (memahami agamanya). Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat. Dan sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah dari orang-orang pilihan yang sebaik-baiknya.  (Saad 38:45-47)
 
Adam dan Noh dan keluarga Ibrahim dan Imran yang dijadikan rasul.
 
Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).  (A-li'Imraan 3:33)
 
 
Jelata doa selepas sembahyang kita semua sanggup buat deklarasi mengikut Nabi Muhammad tidak membezakan rasul.
 
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".  (Al-Baqarah 2:285)
 
 
Cara Allah memberi hormat pon berbunyi “atasnya Salam” dan bukan SAW “sallallah alaihi wassalam”
 
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "  (As-Saaffaat 37:78-79)
 
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:108-109)
 
Dan Kami kekalkan bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"
 (As-Saaffaat 37:119-120)
 
 
Kita diperintah pujilah Tuhan dan ucapkan “salam” pada rasul2 Nya
 
Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.  (As-Saaffaat 37:180-182)
 
 
Hak Allah membeza bezakan rasul2 Nya bukan haq yang diberi pada kita.
 
Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya. (Al-Baqarah 2:253)
 
Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud. (Al-Israa' 17:55)
 
 
Kesimpulannya Allah akan memberikan pahala mereka yang tidak membeza bezakan rasulNya.
 
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan mereka pula tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka pahala mereka. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa' 4:152)
 
 
Dengan berpandukan ajaran di dalam Al Quran janganlah mudah kita terjerut kepada amalan mengakibatkan jatuhnya dosa atas kita yang inkar kepada perintah tersebut diatas dengan mengambil ajaran dibawah:-
 
Ya!, memang umat Islam lebih kasih dan lebih mengutamakan Nabi Muhammad s.a.w berbanding nabi-nabi selain baginda s.a.w kerana Allah Ta’ala sendiri lebih mengutamakan Baginda s.a.w berbanding nabi-nabi dan rasul-rasul selain Baginda s.a.w . Inilah perbezaan yang dipraktikkan oleh umat Islam . Dan ini tidaklah bermakna kita tidak beriman dan tidak kasih kepada nabi-nabi a.s selain diri baginda s.a.w .
 
 
Asar