Salam,
Di
bawah saya kemukakan pandangan seorang ulama terkenal berkenaan zikir sambil
berdiri.
Kata
beliau berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu
orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk
dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah
kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-‘Imran ayat 191).
Ayat
ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan
gaya. Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW
berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan,
menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam
satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu
Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW
sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah
menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
Mendengar
kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di
hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau
tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW. Di sinilah dikatakan atau
dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah
yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah
berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar.
Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya. Ditanya
Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam
majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan. Ditanya
al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab
dengan membolehkannya. Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki,
semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
Semua
jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-‘Imran di
atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun
tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan
mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara
seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang
mengundang kepada syahwat dan lain-lain. Itulah yang disebut haram. Haram bukan
soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan
jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang
lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan
bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
Perasaan
seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan
anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body
language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana
Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis
sufi itu adalah harus. Untuk menyatakan
haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil.
Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal
semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
Oleh
itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW
dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.
Wallahu ta’ala a’lam.
Komen penulis
Keputusn
ulamak tersebut diatas membolihkan “zikir sambil menari” dapat dipertakaikan
dari ayat ayat Al Quran yang berikut:
Zikir sambil menari bercanggah
dengan Surah 7:205
Dan
sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta
dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula
menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi
dari orang-orang yang lalai.
Didalam ayat yang tersebut
diatas kita diperintah semasa membuat zikir kita patut membuat nya dengan hati
yang merendahkan diri, perasaan takut kepada Allah dan dengan mengawal nada
suara kepada yang lembut dan pelahan bunyinya. Akan tetapi apabila sesaorang
itu menari sudah tentu dia tidak dapat mengawal hati dan gerak badannya hingga
menjadi khayal dan nada suaranya menjadi nyring. Jesteru ini menghilangkan
tumpuan pada mengingati Allah dan sepatutnya tidak digalakkan.
Zikir sambil menari mirip
cara sembahan orang kafir didalam Surah 8:35
Dan
tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan
bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa
dengan sebab kekufuran kamu.
Dalam
ayat tersebut diatas nyata mereka yang berzikir sambil menari mencontohi cara
yang di tegah olih Allah. Bersiulan dengan cara apa pon dengan hembus meniup mulut
atau mengunakan alat akan menghasilkan nada musik. Begitu juga bertepok tangan
atau mengunakan tangan memalu gendang menhasilkan rentak dan ini semuanya mengkhayalkan.
Kita bolih lihat kebanyaakan kumpulan berzikir sambal menari akan mengunakan
kompang untok bergendang mengadakan rentak tidak lari dari bunyi tepuk tangan ibarat
mereka yang didedahkan dalam ayat tersebut diatas.
Dengan
rujukan dua ayat tersebut dari Al Quran, fatwa membolihkan berzikir sambil
menari tidak tepat dan bolih dipertikaikan. Selain dari ayat Al Quran yang
mempertaikaikan fatwa itu, didapati juga
tiada rewayat yang khusus menunjukkan Nabi kita ada berbuat demikian ya’itu “berzikir
sambil menari”.
Asar