Saturday, April 18, 2015

Meyokong Chedet membidas hukum hudud Pas


Tun tulis  Dato Haji Hadi berkata saya tidak tahu syariat Islam. Oleh itu saya tidak layak bercakap berkenaan hukum hudud. Saya juga boleh kata Haji Hadi tidak tahu berkenaan pentadbiran dan tidak layak mentadbir negeri. Sebagai seorang yang terlatih dalam bidang perubatan saya boleh kenal pasti penyakit, termasuk penyakit pentadbiran dan mengubatinya. Saya tidaklah begitu jahil dalam bidang agama. Hasil semasa pentadbiran oleh saya boleh dikaji.
 
 
Salamun alaikum kepada semua, saya setuju Tun bangkitkan soal Dato Hj Hadi tak patut angkuh dia pakar syariat Islam. Walaupon dia pakar kita ada haq mempersoalkan hukum yang datangnya dari sumber lain daripada Al Quran. Hukum rejam yang dipelopori olih Parti Pas bolih dikatakan di kutip daripada buku Bible yang mengatakan penzinah dihukum seperti berikut:
 
maka haruslah mereka keduanya kamu bawa ke luar ke pintu gerbang kota dan kamu lempari dengan batu, sehingga mati: gadis itu, karena walaupun di kota, ia tidak berteriak-teriak, dan laki-laki itu, karena ia telah memperkosa isteri sesamanya manusia. Demikianlah harus kau hapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.
(Kitab Bible Deuteronomy 22:24)
 
Kita ada dua sebab mengapa kita patut tolak hukum Bible yang di pelopori pemimpin Pas kerena Allah telah memberi perintah kepada Nabi Muhammad (A.S) untok mengunakan Kitab Al Quran mengawasi dan menapis ajaran2 Bible yang ketara supaya dapat ditolak  dalam ayat yang berbunyi:
 
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).(Surah 5:48).
 
Dalam Al Quran kita diperintah Allah untok menghukum penzina dengan sebatan bukan merejam sampai mati seperti berikut:
 
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah 24:2)
 
Yang kedua kita patut tolak hukum rejam ini kerena Allah memang sudah memberi peringatan dan amaran jangan sekalikali mengikut ajaran Bible akan tetapi kita patut menghukum dengan apa yang terkandung dalam Al Quran saperti yang dipatuhi olih Nabi termaktub saperti berikut:
 
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.(Surah 4:105)
 
Akan tetapi kita bolih lihat pakar ugama kita dah banyak bersimpati dan mengiktiraf hukum hukum dari sumber agama Yahudi dan Nasrani. Allah dalam firmannya telah memberi amaran genjala ini dalam ayat berikut:
 
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah 2:120)
 
Amalan menghukum dengan merejam ini bukan hanya dari ajaran Kitab Bible ianya juga amalan hukum orang2 mushrik (pagan) saperti terkandung dalam ayat2 tersebut:
 
"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu,…(Surah 18:20)
 
(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu;…(Surah 19:46)
 
Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan agamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!" (Surah 26:116)
 
Dengan bukti di atas kita memang ada haq menolak hukum Bible dan amalan orang mushrik yang di pelopori olih pemimpin Pas kerena itu sudah sah memang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dalam Al Quran yang di perintah olih Allah kepada Nabi kita.
 
Asar
 
 
 


Wednesday, March 4, 2015

Fatwa ulamak yang membolihkan zikir sambil menari bolih dipertikaikan

 
Salam,
 
Di bawah saya kemukakan pandangan seorang ulama terkenal berkenaan zikir sambil berdiri.
 
Kata beliau berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-‘Imran ayat 191).
 
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya. Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
 
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
 
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW. Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
 
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya. Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan. Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya. Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
 
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-‘Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain. Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
 
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus. Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
 
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram. Wallahu ta’ala a’lam.
 
 
Komen penulis
Keputusn ulamak tersebut diatas membolihkan “zikir sambil menari” dapat dipertakaikan dari ayat ayat Al Quran yang berikut:
 
Zikir sambil menari bercanggah dengan Surah 7:205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
 
 Didalam ayat yang tersebut diatas kita diperintah semasa membuat zikir kita patut membuat nya dengan hati yang merendahkan diri, perasaan takut kepada Allah dan dengan mengawal nada suara kepada yang lembut dan pelahan bunyinya. Akan tetapi apabila sesaorang itu menari sudah tentu dia tidak dapat mengawal hati dan gerak badannya hingga menjadi khayal dan nada suaranya menjadi nyring. Jesteru ini menghilangkan tumpuan pada mengingati Allah dan sepatutnya tidak digalakkan.
 
Zikir sambil menari mirip cara sembahan orang kafir didalam Surah 8:35
Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu.
 
Dalam ayat tersebut diatas nyata mereka yang berzikir sambil menari mencontohi cara yang di tegah olih Allah. Bersiulan dengan cara apa pon dengan hembus meniup mulut atau mengunakan alat akan menghasilkan nada musik. Begitu juga bertepok tangan atau mengunakan tangan memalu gendang menhasilkan rentak dan ini semuanya mengkhayalkan. Kita bolih lihat kebanyaakan kumpulan berzikir sambal menari akan mengunakan kompang untok bergendang mengadakan rentak tidak lari dari bunyi tepuk tangan ibarat mereka yang didedahkan dalam ayat tersebut diatas.
 
Dengan rujukan dua ayat tersebut dari Al Quran, fatwa membolihkan berzikir sambil menari tidak tepat dan bolih dipertikaikan. Selain dari ayat Al Quran yang mempertaikaikan fatwa itu, didapati  juga tiada rewayat yang khusus menunjukkan Nabi kita ada berbuat demikian ya’itu “berzikir sambil menari”.
 
Asar
 
 


Friday, February 27, 2015

Dalil hanya ada tiga waktu salat Pak Yeh bolih dipertikaikan

 
Salam
 
Saya bersyukur kerana banyak anak Melayu dah buat kajian tentang Quran dan juga membuat hanya Quran sebagai pimpinan hidup mereka. Saya pengikut Quran juga akan tetapi saya ingin mengupas dari kenyataan Pak Yeh dalam Al Quran hanya ada 3 waktu salat sahaja. Berikut saya bentangkan beberapa hujuh yang bertentangan dengan pendapat Pak Yeh dalam blog Pak Yeh bertarikh 6 Febuari 2015 bertajuk “Dailog : Mufti Solat 5 Waktu Vs Mukmin Solat 3 Waktu.”  
 
Masa menunaikan Salat
Pak Yeh tulis Salat ada tiga waktu. Quran ayat 11:114: ‘Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam. Mengikut ayat ini, solat yang diajarkan Quran cuma tiga, (2+1) bukan lima seperti yang terdapat dalam kisah palsu israk dan mi’raj. Dan Quran juga hanya menyebut tiga nama solat sebagai berikut: salat Fajar; salat Wusta dan salat Ishaa.
 
Saya perhatikan untok salat wusta Pak Yeh tulis "Lakukanlah solat dari terbenam matahari (duluk al-syams) hingga kegelapan malam" (17:78). Lantas, waktu solat wusta adalah dari matahari mulai terbenam hingga kegelapan malam, iaitu di tepi siang yang kedua. Solat Isyak didirikan apabila masuk waktu malam hingga sebelum seseorang itu masuk tidur, seperti yang dijelaskan oleh Quran dalam ayat 24:58.
 
Soalan saya sekiranya salat wusta wajib ditunaikan selama matahari terang hingga gelap malam, berapa minitkah masa yang di tentukan waktu ini? Dan bagi salat2 Fajar dan Ishaa’ apa pula penentuan yang ditetapkan Allah didalam Quran untok ukuran masa megerjakan salat ini? Surah 24:58 tidak ada di jelaskan dengan terperinci seperti Pak Yeh umumkan di Surah 17:78.
 
 
Hanya tiga waktu salat bertentangan dengan Surah 2:238
Pak Yeh tulis salat ada tiga waktu. Quran ayat 11:114: ‘Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam.
 
Rujukan saya perkataan Arab “Assalawaat” di Surah 2:238 biasanya membawa makna dari 3 atau lebih jumlahnya salat. Olih kerena 3+1 ditengah tidak mungkin berlaku ini bermakna di ayat itu menunjukkan ada lebih dari 3 salat yaitu4+1 berjumlah 5 salat. Kalaulah ianya  2+1 perkataan untok 2  salat ialah salataani dalam bahasa Arab. Di Surah 2:238 itu juga sebelum perkataan assalat wusta ada huruf “wa” menunjukkan tambahan salat wusta kepada jumlah salat yang ada sebelum nya. Saya dapati tiada dalil lanjut yang bolih di kemukakan dari Al Quran membuktikan ayat itu bolih bermakna ada 2+1 salat.
 
 
Hanya ada 1 name salat dalam Quran bukan 3
Pak Yeh berpendapat dalam Quran ada tiga name salat yaitu fajar, wusta/tengah dan Ishaa. Salat Fajar dan Ishaa disebut di Surah 24:58 dan Salat Wusta di Surah 2:238.
 
Di sini saya ingin memberi bukti dalam Quran hanya ada satu name salat fardu yaitu Assalatul Alwusta di Surah 2:238. Sila Pak Yeh lihat tiap kali perkataan salat fardu diperintahkan olih Allah perkataan salat itu mesti ada huruf “al” atau “the” mununjukkan “definite article” atau .katasandang tertentu. Olih itu salat yang didirikan dengan ambil air sembahyang (Surah 5:6); pada masa tertentu (Surah 4:103); baca dengan difahami (Surah4:43) dan lain2 syarat  mesti mengandungi “al” atau “the” didepan supaya dikenali sabagai salat fardu. Akan tetapi huruf “al” itu tidak ujud pada perkataan salat di Surah 24:58 salatilfajri dan salatil eeshaa, ini bermakna ia bukanlah nama salat fardu harian yang di tetapkan olih Allah.
 
Sila lihat contoh perkataan dan ejaan perkataan Arab yang sama seperti salat di surah 24:58 yang tidak bermaksud salat fardu harian saperti berikut: Surah 2:157 – salat bermaksud berbagai2 kebaikan; Surah 9:99 – bemaksud doa2; Surah 11:87 – salat bermaksud berbagai komitmen Shuid untok menhalang kaum nya dan di Surah 22:40 - tempat2 sembah.  Justeru “salat’ di Surah 24:58 tidak merujuk kepada salat fardu yang mengandongi huruf “al” didepannya akan tetapi kepada makna lain seperti doa2 atau komitmen2 pagi yang tidak diwajibkan mengambil air sembahyang. Ini bermakna nama salat tidak ada peranan untok menentukan jumlah salat harian yang di perintah olih Allah kepada kita kerena nama salat fardu hanya ada satu name didalam Al Quran.
 
 
Salat fardu waktunya definit ditentukan olih Allah
Kita tidak ada berbeza pendapat tentang Surah 11:114 Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada awal waktu malam, Disini waktu2nya ialah fajar (Surah 2:187- makanlah dan minumlah hingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar;  maghrib (Surah 18:76 - ia sampai ke daerah matahari terbenam “maghribisham”) dan awal malam  Ishaa Surah 12:16 - mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu gelap senja (ishaa)sambil (buat-buat) menangis).
 
Perbezaan kita timbul di Surah 17:78 apabila Pak Yeh seret waktu gelincir matahari “dulukishsham” juga bermakna tepi siang diwaktu mahgrib Surah 11:114. Pada saya ketetapan ini tidak tepat kerena waktu matahari turun ada dua waktu ya’itu pada waktu tengah hari atau dzohor dan di waktu akhir petang maghrib dimana kedua2 waktu itu matahari turun kegelap malam.  “Dulukishsham” matahari turun dari kemuncak selepas naik dari pagi akan tetapi “maghribisham” matahari turun dari ufuk ke gelap malam. Dalam Surah 17:78 kita diwajibkan bersalat apabila masuk waktu gelincir matahari waktu dzohor - dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari kearah (bukan hingga) waktu gelap malam, Perkataan “dulukishsham” itu bukan “maghribishsham” dan masa nya tidak sama kerena satu di tengah hari dan satu lagi di akhir petang. Ini bermakna Surah 11:114 ada 3 salat fardu diwaktu fajar, maghrib dan Ishaa dan Surah 17:78 ada salat di waktu dzohor. Jumlah salat diwajibkan setakat ini 4 waktu.
 
  
Sembahyang pada hari berkumpul Surah 62:9
 
Saya lihat salat ini wuktunya tidak dapat disesuaikan dengan semua 3 waktu yang direstui olih Pak Yeh kerena Surah 62:9-10 berbunyi apabila diseru untuk menunaikan salat pada hari berjumaah tinggalkan jual beli dan selepas salat bertaburanlah mencari kurnia Allah.  Salat ini ada “al” didepan menunjukkan ianya wajib dikerjakan tetapi salat ini tidak mungkin ditunaikan pada waktu fajar kerena sebelum salat orang tengah tidor, waktu wusta Pak Yeh pula diwaktu maghrib selesai salat gelap malam dan Ishaa juga waktu gelap malam bertentangan dengan Surah 78:11 Dan Kami telah menjadikan siang masa untuk mencari rezeki. Malam untok rehat bukan mencari rezeki lihat Surah 10:67 Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, Salat ini juga tidak sesuai didirikan pada waktu gelincir matahari waktu dzohor kerena ini adalah masa peribadi Surah 24:58 - dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, menunjukkan mereka ada di rumah bukan sedang berniaga seperti termaktub didalam Surah 62:9.
 
Justeru ini nyata waktu salat di Surah 62:9 sesuai pada wuktu wusta atau “asar” dipertengahan 4 salat2 yang lain fajar, dzohor, (wusta/tengah), maghrib dan Ishaa. Surah 2:238 kuat mengesahkan waktu2 ini ialah 4+1 yaitu 5 salat sehari diperintah olih Allah didalam Al Quran. Walaupon salat pada hari berkumpul di Surah 62:9-10 dijadualkan tiap2 minggu akan tetapi waktu nya diperintahkan Allah dikekalkan tiap2 hari.
 
Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, dan sembahyang Wusta (sembahyang tengah), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
 
Asar